Bunga layu di dalam taman,
Bunga ditanam di kawasan gurun;
Warisan Melayu jangan ditinggalkan,
Menjadi kebanggaan turun-temurun.
Bengkel Didik Seni Setempat Negeri Pulau Pinang merupakan sebuah program perintis kumpulan tari ICU dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Pulau Pinang, Jkkn Pulau Pinang
anjuran Jawatankuasa Fokus Group (JKFG) Warisan, Kesenian, Budaya dan Pelancongan, Majlis Pembangunan Bumiputra Pulau Pinang dengan kerjasama Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Pulau Pinang.
Program ini bertujuan mendidik generasi muda dalam memartabatkan warisan seni budaya terutamanya tarian tradisional Melayu. Ia dijalankan secara dalam talian bersama tenaga pengajar dan pelajar bermula Julai hingga Oktober 2021.
Sayangi dan hargai warisan seni budaya kita.
Bagi murid SK Minden Height yang berminat, sila hubungi:
Cikgu Rizal - 019-473 5597